Saturday, October 18, 2008

iSLaM cHaNNel..


Friday, October 10, 2008


Dia Kekasih Allah
Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga
Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

Saturday, September 20, 2008


Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah manusia...


"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja." Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia; "wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh x ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki... menjadi 'izzah' yg plg gah bahkan lebih gah dr egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tp senjata." Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi... "Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia." Tersenyum sang bidadari berwajah manusia. "Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hambanya? Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pd dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitu lah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg suci. Namun... wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita yg beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh." Adik masih x puas ati. "Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??" Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam kasih sayang pd penghuni jannah ini! "Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup menarik... merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu." Adik garu2 kepala. "Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali mereka???" Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri. "Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintahkan wanita2 yg beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yg bermaruah. Maka demikianla adikku menilai mereka. Tp perlu juga dilihat pd hatinya... pd akhlaknya... Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehah dan yg toleh. Namun adikku... jgn dikau cemuh wanita yg toleh itu... kerana dlm hati2 mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan cinta pd ALLAH... Kerana fitrah cinta pd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan utk kembali pd jalan yg mereka th hak ALLAH. Cuma kadang2 term solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang mereka takut pd persepsi wara dan alim. Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara' itu bermaksud menjaga. Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara'. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg berilmu maka dia adalah alim dlm bidangnya. Persepsi yg salah pd dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada stage yg lebih baik. Kerena begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan hawa itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini... Tapi sayang... golognan HAWA ini kadang2 merendahkan martabat mereka yg ALLAH jdkan penuh kemuliaan... Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita. Pandai2lah dikau menilai... antara permata dan debu2 kilauan pasir. Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yg x berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah... Tapi epal yg tak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi... elok sifatnya... sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya. Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tp mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia... asalkan cinta ILAHI mengiringinya...tak semestinya dipetik di taman dunia rite? Tp lebih bermakna bile ALLAH sendiri yg mengarahkan hamba yg disayanginya utk memetik di taman akhirat kelak." Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yg besar dengan buah2 epalnya yg kemerahan?? Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti kan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku... sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak2 adalah penghuni2 syurga! Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya bidadari berwajah manusia... berhakkah menjadi bidadari syurga? Wallahu'alam.


.....indahnya diciptakan sbg Seorang Wanita

1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. 16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

20. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

22. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Thursday, August 14, 2008

soalan csc 2.....

Think about your chosen profession.How might computers and software enchance your productivity?Describe several ways in which you see software changing or affecting your profession.

i) Bidang perubatan
-para petugas di sesebuah hospital menggunakan komputer untuk menyimpan semua data yang berkaitan dgn pesakit.
-dgn menggunakan komputer, petugas boleh menyusun tarikh2 bagi rawatan susulan, dpt menyusun jadual bagi doktor2 yang bertugas
-selain itu, dengan menggunakan peralatan canggih dalam bidang ini dpt menyenangkan lagi tugas seseorang doktor contohnya menggunakan CAT dalam perbedahan.


soalan csc 1......

Bila anda membuat satu transaksi, byk syarikat menggunakan komputer dan sistem maklumat utk mengumpul data tentang anda seperti nama anda, alamat, nombor telefon, hobi, dan rekod pinjaman dan kewangan tanpa memberi persetujuan dan tanpa memberi anda peluang utk mengenal pasti maklumat tersebut. Apakah potensi masalah yang anda lihat dlm kes diatas? Terangkan jawapan anda.

Soalan

1) Keluarkan permasalahan kes tersebut dan terangkan kesannya.
2) Jalan penyelesaian kes tersebut.

Jawapan

1) kesannya:- data kita akan dimanipulasikan drpd yg baik kpd yg buruk.- dokumen spt pasport dan kad pengenalan blh dipalsukan.
2) Penyelesaiannya:- Perlembagaan hdklah mewujudkan satu akta yg blh melindungi dan memelihara stp data yg diberikan kpd sesuatu syarikat.- setelah akta digubal, undang-undang tersebut hdklah dikuatkuasakan.

Sunday, July 13, 2008

hehe.......


hmmm saya azy...bdak melaka je...study kat kolej islam antarabangsa melaka..n saya ambik law and syarie......dekat je gan umah...saya ni friendly gak...so anda mesti sentiasa ceriakan hidup anda....
hehe..so...welcome to my blog!!!!!;)

TAUBAT

1.Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.



BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT" Jangan terlalu fikirkan esok hari yang kita sendiri tak pasti samaada kita masih bernafas lagi atau tidak. Jangan difikirkan peristiwa lampau yg takkan dapat mengubah apa2 keadaan pun. Fikirlah apa yg kita hendak buat sekarang. Dan pasti kan apa yg kita buat utk hari ini adalah yg terbaik. Kerana perkara yg terbaik kita buat hari ini akan menghasilkan keputusan yg baik utk esok. Yang seterusnya menjadi kenangan manis untuk kita pada masa akan datang."


NAK JAGE RAMBUT AGAR JADI CANTIK???


CURL YANG CANTIK…………
Punyai rambut Yg ikal atau keriting????jgn terburu-buru untuk meluruskan…………actually rambut yg ikal juga ley nmpk cantik jk kamu merawatnya dgn baik..Antaranya…..
* Urut kulit kepala & leraikan rambut dgn jari saat membersihkan rambut. Sapukan perapi rambut secara merata pada setiap helai rambut. Sisir dgn jari.jika rambut kamu kering,biarkan seketika sblm dibersihkan.
*Biarkan rambut kamu kering secara semulajadi. Elakkan drpd menggunakan alat pengering rambut.
* Jangan digosok dgn kuat,cukuplah sekadar dgn menekan-nekannya shj.
* Hindari dari memegang rambut ketika rambut kamu masih belum benar-benar kering. Sentuhan jari ketika rambut masih basah boleh menyebabkan rambut menjadi kering.
* Jangan menyisir rambut menggunakan sikat. Gunakan jari untuk merapikan rambut yang ikal & keriting.
* Hindari menggunakan gel yg mengandungi alkohol. Gel seperti ini akan menyebabkan rambut kamu bertambah kering.Gunakan gel yg berbahan dasar air untuk merapikan ikal.

KeLUaRga kOs d KoLEj....

KeLUaRga kOs d KoLEj....
ini gambar kami semasa program regenerate of duus yang d anjurkan oleh senior kami. perempuan memang ramai tapi laki 2 je r yang kat depan 2. huhuhuhu....

YANG TERISTIMEWA


KITA ADALAH INSAN
MENUMPANG ATAS DUNIA……..
AKU DENGAN CARAKU YANG SEDERHANA
KITA ADALAH HAMBA
BERBAKTI KEPADA YANG ESA
AKU MENCARI SINAR KEREDHAAN-NYA ….
KITA SAMA SAHAJA
BEZANYA CUMA AMALAN KITA
ENGKAU DAN JUGA AKU
SALING PERLUKAN ….CINTA YANG MURNI
SEBAGAI IKATAN YANG KUKUH
DI HATI DEMI DEPAN
JANGAN DIHANCURKAN HIDUP YANG INDAH INI,
AKIBATNYA MERANA…
JANGAN HANCURKAN
HIDUP YANG INDAH…
KITA ADALAH HAMBA YANG ESA.

gan junior....

gan junior....
minah arab...
best memories.......


hm gamber ni di ambil mase kat khemah ibadat ari tue.........hm best ar gak...amacam???????ada x mcm bdk bek???x pun cam org arab ke????hehe..time ni ktorg gah tunggu waktu isyak...x tau ape nak wat...so ktorg posing je r........khemah ibadat ni khusus untuk insan terpilih macam saya je...hehe walaupun tak brape nak best...tp kre okay r gak...coz ley ilgkan tension...huhu



something abot gurlz..

When a GIRL is quiet,
Millions of things are running in her mind.
When a Girl is not arguing,
She is thinking deeply.
When a GIRL looks at you with eyes full of questions,
She is wondering how long you will be around.
When a GIRL answers “I’m fine” after a few second,
She is not all fine.
When a GIRL stares at you,
She is wondering why you are lying.
When a GIRL lays on your chest,
She is wishing for you to be hers forever.
When a GIRL calls you everyday,
She is seeking for your attention.
When a GIRL sms’s you everyday,
She wants you to reply at least once.
When a GIRL says I love you,
She means it.
When a GIRL says that she can’t live without you,
She has made up her mind that you are her future.
When a GIRL says “I miss you”,No one in this world can miss you more than her………..

specially 4 u.......

SPECIALLY 4 U..........

cinta itu..banyak pengertian....
tp bg aku..cinta adalah...kawan sejati..
orang yg mencintaimu meskipun telah mengenalimu
dgn sebenar2nya..iaitu baik dan burukmu.
Setiap yg kita lakukan biarlah jujur krn kejujuran itu itu terlalu penting dlm kehidupan....
tanpa kejujuran, hdp sentiasa menjadi mainan orang....
oleh itu, jgn tertarik kpd seseorang kerana parasnya ,
krn keelokan paras dpt menyesatkan...
jgn pula tertarik kpd kekayaan krn ia memusnahkan...
tertariklah kpd seseorang yg dapat....
membuatmu tersenyum, krn hanya senyum yg dpt membuat
hari2 mu yg gelap menjadi cerah..
kesenangan & kebahagiaan akan diperolehi drpd
kesusahan yg dialami......
dan jika hadir seseorang dlm hidupmu & t'paksa
menjadi sebahagian drpdmu...
tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi...
jgn sedih...terimalah kenyataan itu &
sekurang2nya dia pernah membahagiakanmu
tetapi....apabila ada yg datang...
jgn biarkan ia berlalu pergi..
dan esok klu ia masih bertandang...
jgn harap ia akan kembali....

so...???????think................

in-team>>>kERaNa CinTa.....